PT3 has over
Monday 
Assalamualaikum all.
I am relieved that PT3 has over.
It is so difficult for me, because it is a new exam format.
Yaa, especially for Pendidikan Islam and Science
that have many K-BAT questions.
Alhamdulillah, even the PT3 is difficult but I can still answer the question.
I hope I can get a good result for PT3. Amin.
That's all for today.
Assalamualaikum and good night, all.
Ramadan is coming
Friday 
Assalamualaikum all.
I just want to say Salam Mubarak to all Muslims in the world.
Im so excited to celebrate Ramadan with my family.
And especially to do the 'Solat Terawih' at the mosque.
I hope I will never miss the Terawih this year.
Anyway, this year my family theme is light blue.
How about you guys? Haha.
That's all I want to story today.
And again I want to say Selamat Berpuasa.
Assalamualaikum.
New Day, New Post
Monday 
Assalamualaikum and hello guys.
It's a new day and hey, it's my new post for this year.
Yeah, I feel like ahh.
I'm so busy lately for PT3 this year and have to study too.
Ah, I feel like I have lost my mind and
my mind has nothing and it feel likes it come and go back.
It's all that I want to story today.
Assalamualaikum and byebye.
Holiday
Tuesday 
Assalamualaikum dan hello guys.
Lamanya dah tak update blog ini. Habis berhabuk. Haha.
Btw, tadi saya baru balik dari Genting Highland melancong dekat sana.
Tak pergi lama pun sebab ada accident sikit.
Kami pergi ke Outdoor Theme Park sebab Indoor Theme Park terlalu sesak.
Kami sempat main dua game saja.
Satu tu yang dalam cup pusing-pusing laju gila. Pening ='
Lagi satu macam kereta pusing-pusing.
Then, kami terjumpa badut, so posing jelah sebelah dia. Haha.
Okay, malas nak tulis panjang-panjang. Ini gambar-gambar yang sempat kami snap.
Have a look, guys.
Masa jalan-jalan, kami jumpa cikgu Hafiz, cikgu sivik saya tengah berjalan-jalan dekat situ.
Haih, tak sangka dapat jumpa dia dekat situ. Haha.
Okay, sampai sini sahaja yang saya dapat sampaikan. Assalamualaikum dan byebye.
Jamuan Akhir Tahun
Friday 
Assalamualaikum dan hello guys.
Kelmarin kelas saya, 1KAA telah menyambut Jamuan Akhir Tahun sempena akhir sekolah.
Jamuan tu berjalan dengan lancar dan best sangat.
Banyak makanan sedap-sedap.
Look our teacher classroom teachers.
She's cute right? Haha
Banyak makanan dah dibeli.
Coklat banyak gila beli, tapi tak makan. Huh.
Membazir je beli.
Tapi nasi goreng dan ketiaw singapore dah clean semangkuk.
Lepas ini, entah boleh ke tak jumpe budak 1KAA.
I will miss them forever.
Tahun depan kita jumpa tahu.
Adli chubby, will always miss you and all.
Okay, until here only.
Take a look at the picture.
Assalamualaikum dan byebye.
Kentucky Fried Chicken
Assalamualaikum dan hello.
Kemarin saya dengan kawan-kawan saya pergi KFC.
Sekali-sekala makan-makan dekat sana.
Memang best sebab selalunya budak dua orang ini tak join kitaorang kalau pergi pekan.
Dua orang budak tu nama dia Adilah dan Fitria.
Ini first time diorang ikut kami keluar.
Kalau tak, takkan pernah keluar dengan kita orang. Haha.
Kami keluar enam orang, Qurratu, Izzah, Iman, Fitria, Adilah dan saya.
Ini gambar yang sempat kami snap lepas makan.
Saya, Qurratu dan Iman
Fitria, Adilah dan Izzah
Muka blurr -,-
Lepas balik dari KFC, kami pergi beli ais blanded.
Jumpa dengan emak Qurratu dekat sana.
Lepas sampai sana, terus salam. Beradablah katakan.
Lepas beli ais-blanded, balik sekolah.
Ingatkan ada kelas, rupa-rupa tak ada kelas petang.
So, balik awallah jawabnya.
Kitaorang balik awal walaupun ustazah kami suruh duduk surau buat solat apa entah.
Okay, then blablabla.
Okay, dah ngantok. Nak tidur dulu.
Assalamualaikum dan goodnight.
Merdeka + Raya
Sunday 
Assalamualaikum dan hello guys.
Dekat sekolah tadi ada jamuan kelas yang bertemakan '' Merdeka Raya ''.

Sebelum tu, saya dengan kawan-kawan belajar macam biasa dulu.
Tapi saya tak bawak buku apa-apa sebab cikgu yang mengajar tu baik-baik belaka.
Saya saja yang selalu kacau cikgu-cikgu dekat kelas saya tu.
Okay, masa belajar tu, tak buat apa-apa pun.
Cikgu bagi kertas suruh betulkan jawapan yang salah.
Tapi saya dengan kawan saya tengah sibuk dengar lagu korea dengan tangkap gambar.
Ini gambar kawan-kawan saya yang banyak mulut dengan saya tu.
Ini Adli. Dia salah seorang kawan lelaki saya dalam kelas.
Ini pulak Adilah, Hanisah dengan Fitria.
Saya dengan Fitria. Comel tak kami? Haha.
Budak tengah-tengah tu pun nak jugak. Nama dia Haziyah. Dia comel sangat.
Lepas habis belajar, masa untuk rehat pulak.
Saya pergi kantin kejap, sebab lambat lagi nak jamuan tu.
Saya beli air 100 Plus, sebab dahaga sangat.
Lepas tu, balik kelas balik. Kemas kelas sebab nak dekat start jamuan.
Saya tolong ketua kelas, sapu sampah dengan lekat kad raya.
Lepas siap semua tu, kami tolong ustazah susun makanan atas meja.
Banyak makanan yang kelas saya bawak. Sampai tak muat meja.
Ada yang sedap dan ada yang kurang sikit.
Saya bawak air Strawberi F&N dengan nuget saja.
Ini contoh makanan dengan minuman yang ada.
Ada lagi tapi tak sempat nak tangkap gambar.
Saya tak bawak banyak. Membazir duit saja.
Okay, lepas siap semua, ada seorang cikgu dah datang.
Cikgu ini memang garang tapi dia kelakar.
Masa mata pelajaran Sains, dia akan bawak sebatang pembaris kayu.
Pembaris tu takkan lekang dari tangan dia kecuali masa dia nak tulis dekat whiteboard.
Kalau dia letak pembaris tu atas meja, kawan saya akan sorokkan supaya tak kena pukul. Haha.
Memang jahat.
Eh, tersilap story pulak. Okay, sambung cerita pasal jamuan tadi.
Dia orang first datang, tapi tak banyak makan pun.
Dia makan kuih saja.
Lepas makan dia terus pergi.
Lepas dia pergi, tak ada lagi yang datang. Cikgu-cikgu ramai yang pergi kelas form lain dulu.
Kerja saya tunggu tetamu datang, berdiri dekat pintu saja.
Tak sempat nak tangkap gambar cikgu yang datang sebab kakak dah ambil kamera.
Lepas habis layan tetamu, kami pulak yang bergambar.
Ini gambar yang kami tangkap sama-sama.
Ini gambar kami sekelas kecuali Nelissa, Adli. Budak lelaki lagi seorang tu tak nampak muka.
Okay, sekian saja entry pasal '' Merdeka Raya '' ini.
Assalamualaikum dan Byebye, guys.
Selamat Hari Jadi, Syafiq
Friday 
Assalamualaikum dan hello guys.
Besok merupakan hari yang istimewa bagi kawan saya, Syafiq kerana besok ialah hari ulang tahun kelahiran dia.
Tak sangka dia tua dari saya.
Saya tak dapat nak sambut hari jadi dia dan bagi hadiah dekat dia sebab dia duduk dekat Bidor, saya duduk dekat Tapah. So, saya hanya boleh wish dia saja.
Selamat Hari Ulang Tahun, Shafiq.
Semoga umur kau dipanjangkan umur dan sentiasa sihat walafiat.
Dan semoga hubungan kau berkekalan dan berbahagia dengan Nur Aqilah.
Btw, aku pun nak nyanyikan lagu '
Happy Birthday ' untuk kau.
Syafiq dan Aqilah
Syafiq and Aqilah
Happy Birthday To You, Happy Birthday To You,
Happy Birthday To Syafiq, Happy Birthday To You.
Okay, setakat ini sahaja yang sempat saya kongsikan.
Sekian, assalamualaikum dan byebye.
Selamat Hari Kemerdekaan Kali Ke-55
Assalamualaikum dan Hello.
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia.
Tidak terlupa juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pejuang-pejuang negara yang telah menyelamatkan negara kita daripada dijajahi British dari abad ke-18 hingga ke abad-20.
Hari ini saya nak share tentang maksud di sebalik Jalur Gemilang:
Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini.
Gemilang bermaksud cahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh itu, jalur gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan Rakrat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama baik dan menaikkan imej negara.
Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat manghadapi segala cabaran.
Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan.
Warna biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai.
Warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.
Btw, take a look at this picture.
Sampai di sini saja yang mampus ditulis.
Okay, assalamualaikum dan byebye.
Selamat Hari Kemerdekaan
Kali Ke-55
Raya Bersama Kawan Lama
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya.
Hari ini sudah hari ketujuh kita meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Rabu baru ini, saya, Syazwani, Alia, Hazirah, Syafiq dan Adeb telah pergi makan-makan di KFC. Selepas pergi makan di KFC, kami terus pergi beraya dekat rumah Syaurah. Semasa kami pergi ke rumah syaurah, kami ajak dia join kami pergi beraya dekat rumah kawan kami di Taman Seri Damai.
Then, kami pergi beraya dekat rumah cousin saya, Izzah Afiqah. Lama sangat duduk dekat sana sampai lupa nak balik. Selepas itu, kami pergi ke Kedai Cik Mat, rancang nak pergi raya ke mana dan Shafiq dengan Adeb balik ke Bidor. Tiba-tiba pulak emak saya call, tanya kami dekat mana. Lepas tu, kami terus pulang ke rumah saya, sebab ada Open House sempena Hari Jadi ayah saya, En. Zaman Shah dan sepupu saya, Afiq Haikal dekat rumah saya. Okay, sampai sini sahaja yang sempat saya rakamkan untuk anda semua.
Gambar yang sempat kami '' click-click ''
Me with Alia Syahirah eating the KFC
Alia Syahirah and me
Peace with Alia Syahirah and Syazwani
Lastly, Me, Alia, Syazwani, Hazirah and Syaurah
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya
Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada seluruh umat Islam.
Saya menyusun sepuluh jari ingin meminta maaf jika pernah terkasar bahasa
dan memohon maaf jika pernah membuat kesalahan yang terdahulu.
Sekian dari saya, Siti Nur Shakirah Zaman Shah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin
Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.